- Prosedur ReQuest dirangka untuk membantu pelajar secara kritikal melalui penyoalan.
- Prosedur Request boleh dikira sebagai teknik pembaca yang dinamik iaitu guru dan pelajar saling berinteraksi dalam proses pembacaan.
- Teknik prosedur request ini mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran dua hala yang secara tidak langsung meningkatkan keupayaan membaca teks yang dibaca
- Guru juga dapat memantau kefahaman pelajar melalui jenis-jenis soalan yang mereka kemukakan.
Kelebihan Teknik Prosedur Request
- Teknik ini mewujudkan sikap kritikal dan analitikal dalam kalangan pelajar dengan menanam sikap suka bertanya.
- Teknik mewujudkan peluang pelajar bertanya kepada guru setelah selesai membaca bagi meningkatkan kefahaman yang lebih mendalam.
- Teknik ini juga dapat mewujudkan suasana pembacaan yang dinamik dengan penglibatan aktif guru dan pelajar menyoal antara satu sama lain.


No comments:
Post a Comment