FASA PERTAMA
Satu elemen penting dalam D-TRL adalah cerita untuk dibaca dan dibincangkan. Oleh yang demikian adalah penting untuk memilih cerita yang berupaya memandu pelajar untuk berbincang mengenai sesuatu isu atau persoalan dari pelbagai perspektif, selain cerita tersebut juga dianggap penting dan menarik oleh pelajar.
FASA KEDUA
Fasa perbincangan menggunakan kebanyakan masa kerana ia adalah sebahagian konsep yang paling penting dalam teknik ini. Satu lagi elemen penting dalam fasa perbincangan ialah pelajar menilai kebenaran dan relevan sebab-sebab yang mereka kemukakan dalam perbincangan. Justeru itu, ia dapat mengelak semua sebab-sebab yang pelajar kemukakan dihakimi oleh guru, bagi mengelakkan penafian peluang pelajar untuk menilai pemikiran mereka sendiri.

No comments:
Post a Comment