widgets
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Friday, December 5, 2014

Rujukan

Diperolehi pada April 23, 2014 daripada www.academia.edu/3836580/teori-pemahaman-membaca


Mahzan Arshad (2003). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu satu pendekatan. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors.

(2008). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu strategi perancangan dan pelaksanaan. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors.

Fasa dalam teknik dialog



FASA PERTAMA
Satu elemen penting dalam D-TRL adalah cerita untuk dibaca dan dibincangkan. Oleh yang demikian adalah penting untuk memilih cerita yang berupaya memandu pelajar untuk berbincang mengenai sesuatu isu atau persoalan dari pelbagai perspektif, selain cerita tersebut juga dianggap penting dan menarik oleh pelajar.


FASA KEDUA

Fasa perbincangan menggunakan kebanyakan masa kerana ia adalah sebahagian konsep yang paling penting dalam teknik ini. Satu lagi elemen penting dalam fasa perbincangan ialah pelajar menilai kebenaran dan relevan sebab-sebab yang mereka kemukakan dalam perbincangan. Justeru itu, ia dapat mengelak semua sebab-sebab yang pelajar kemukakan dihakimi oleh guru, bagi mengelakkan penafian peluang pelajar untuk menilai pemikiran mereka sendiri.

Kelebihan Teknik Dialog

Membolehkan pelajar membuat keputusan berkaitan dengan apa -
apa yang mereka percaya tentang sesuatu cerita atau sesuatu isu 
yang spesifik.

Menggalakkan pelajar untuk kembali membaca teks untuk 
mengesahkan atau menjelaskan maklumat.
Menggalakkan pelajar untuk mempertimbangkan kepelbagai 
tafsiran dalam bahan yang dibaca.


Menggalakkan pelajar untuk menilai penerimaan dan kerelevan tafsiran alternatif dari bahan yang    dibaca yang bersaing antara satu dengan lain.

Teknik Dialog

   

TEKNIK PROSEDUR ReQuest


  • Prosedur ReQuest dirangka untuk membantu pelajar secara kritikal melalui penyoalan.
  • Prosedur Request boleh dikira sebagai teknik pembaca yang dinamik iaitu guru dan pelajar saling berinteraksi dalam proses pembacaan.
  • Teknik prosedur request ini mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran dua hala yang secara tidak langsung meningkatkan keupayaan membaca teks yang dibaca
  • Guru juga dapat memantau kefahaman pelajar melalui jenis-jenis soalan yang mereka kemukakan.

Kelebihan Teknik Prosedur Request
  1. Teknik ini mewujudkan sikap kritikal dan analitikal dalam kalangan pelajar dengan menanam sikap suka bertanya.
  2. Teknik mewujudkan peluang pelajar bertanya kepada guru setelah selesai membaca bagi meningkatkan kefahaman yang lebih mendalam.
  3. Teknik ini juga dapat mewujudkan suasana pembacaan yang dinamik dengan penglibatan aktif guru dan pelajar menyoal antara satu sama lain.




PENGENALAN

Artikel pembelajaran dan pengajaran yang kami pilih ialah bahasa di tempat awam ada kerjasama mengawalnya. Artikel ini sesuai untuk pelajar-pelajar sekolah menengah atas kerana artikel ini panjang dan sesuai untuk membuat karangan. Pengajaran dan pembelajaran yang sesuai menggunakan teknik dalam artikel tersebut ialah teknik dialog dan teknik Prosedur ReQuest.


Friday, November 28, 2014

Sinopsis Kursus BMK 3033 Keterampilan Membaca

Kursus ini bertujuan menyampaikan pengetahuan tentang definisi, konsep, jenis, prinsip, strategi dan proses membaca. Fokus diberikan kepada proses dan aplikasi untuk menguasai maklumat. Seterusnya kursus ini juga memberi penekanan kepada mengajar strategi kemahiran membaca di sekolah. Oleh itu, bagi kursus bertaraf 3 jam kredit, para pelajar perlu memperuntukkan 120 jam waktu pembelajaran pelajar.