Kursus ini bertujuan menyampaikan pengetahuan tentang definisi, konsep, jenis, prinsip, strategi dan proses membaca. Fokus diberikan kepada proses dan aplikasi untuk menguasai maklumat. Seterusnya kursus ini juga memberi penekanan kepada mengajar strategi kemahiran membaca di sekolah. Oleh itu, bagi kursus bertaraf 3 jam kredit, para pelajar perlu memperuntukkan 120 jam waktu pembelajaran pelajar.
